Health

Tips Merawat Bengkak Susu


Bengkak susu (mastitis) merupakan jangkitan tisu pada salah satu atau kedua-dua kelenjar mammary yang terdapat dalam payudara. Bengkak susu selalunya terjadi kepada wanita yang menyusukan bayi selepas bersalin dalam tempoh 3 bulan pertama hingga 2 tahun. Antara simptoms bengkak susu ialah payudara mengeras, panas dan juga sakit disebabkan oleh salur susu tersumbat dan seterusnya boleh menyebabkan jangkitan kuman akibat dari luka pada kawasan puting susu(nipples).

1. Self-care❤❤❤

  • Rehat yang secukupnya
  • Minum air secukupnya (25kg=1L)
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat termasuk pakaian dalam (bra)
  • Letakkan tuala yang direndam dengan air panas untuk mengurangkan kesakitan atau boleh juga mandi dengan air panas(warm shower)
  • Ambil ubat tahan sakit paracetamol/ibuprofen  untuk mengurankan sakit atau demam ketika bengkak susu. Elakkan pengambilan aspirin kerana tidak selamat untuk ibu menyusu


2. Expressing Breast Mik❤❤❤

  • Menyusukan bayi sekerap mungkin dimulai dengan payudara yang bengkak
  • Pastikan posisi bayi yang betul ketika menyusu dan juga nipple attachment
  • Mengurut payudara anda untuk melancarkan salur susu yang tersumbat
  • Pastikan payudara anda kosong selepas menyusu dengan mengepam susu secara manual jika masih ada susu yang tertinggal

Urutan Bengkak Susu

3. Antibiotics ❤❤❤

Jika 2 perkara diatas tidak membantu mengurangkan simptoms bengkak susu dalam jangka masa 12-24 jam, anda harus berjumpa doktor kerana berkemungkinan bahagian puting susu luka dan menyebakan jangkitan kuman. Antibiotik yang selamat bagi ibu menyusu akan diberikan dalam bentuk tablet atau kapsul. Anda boleh menyusukan bayi sepanjang pengambilan antibiotiks

Kepada ibu yang sering mengalami bengkak susu yang kerap, berkemungkinan salur susu telah tersumbat  dengan teruk dan memerlukan pemdedahan (incision and drainage). Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika simptoms tidak berkurang. Selamat mencuba tips rawatan bengkak susu. Semoga perjalanan penyusuan anda dipermudahkan😘😘😘


❤MEDICAL GRADUATE/NUI❤

❤PRO-BREASTFEEDING❤



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s