Health

Pendarahan Di Awal Kehamilan Tanda Awal Keguguran

Pendarahan di awal kehamilan merupakan situasi atau fenomena yang kebiasaanya berlaku dalam unit sakit puan. Selalunya pesakit mengetahui mereka hamil dan pendarahan boleh terjadi tanpa tanda-tanda awal.

Kebiasaanya faktor utama pendarahan di awal kehamilan adalah disebabkan oleh keguguran. Keguguran adalah proses di mana keluarnya embryo secara spontan sebelum kandungan berusia 24 minggu.

👩‍⚕️👩‍⚕️👩‍⚕️JENIS-JENIS KEGUGURAN👩‍⚕️👩‍⚕️👩‍⚕️

1.Threatened Miscarriage(Gugur Ugut)

Embryo mengalami stress yang boleh menyebabkan keguguran tetapi belum berbuat demikian. Pendarahan sangat minimal dan sedikit sakit di bahagian perut. Dalam keadaan ini doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada keguguran dan pesakit perlu berehat dan hubungan kelamin perlu dielakkan

2. Incomplete Miscarriage(Keguguran Tidak Sempurna)

Embryo sudah mengalami keguguran tetapi masih belum keluar sepenuhnya dan berada di dalam rahim. Kebiasaanya pesakit mengalami pendarahan yang banyak dan kesakitan yang kuat kerana rahim mengalami kontraksi untuk mengeluarkan embryo. Doktor akan menstabilakan keadaan pesakit dan seterusnya memberikan suntikan Ergometrin untuk membantu kontraksi rahim secara berterusan dan mengawal pendarahan. Jika embryo ini tidak dikeluarkan dengan segera, risiko untuk mendapat jangkitan pada rahim sangat tinggi

3.Missed Miscarriage(Keguguran Tanpa Sedar)

Embryo tidak menunjukkan aktiviti dan atas sebab tertentu tidak keluar dari rahim. Pesakit biasanya tidak akan mengalami pendarahan sebaliknya simptoms di awal kehamilan semakin berkurang sekaligus petanda kehamilan tidak sempurna. Doktor akan membuat ultrasound untuk memastikan anda mengalami keguguran dan memulakan rawatan mengosongkan rahim( uterus evacuation) sama ada melalui ubat (prostaglandin) atau pembedahan (dilation and curretage)

Semoga perkongsian saya tentang pendarahan di awal kehamilan berguna untuk anda semua. Bertidak awal dengan pergi ke hospital untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan lanjut🤰🏼🤰🏼🤰🏼

❤MEDICAL GRADUATES/NUI❤

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s